Wednesday, May 27, 2009

Tarian dan Kebudayaan Malaysia


Budaya melambangkan identiti sesebuah negara.
Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni.
Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi dan pekerti masyarakat Malaysia.
Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra.
Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kaya dengan nilai tradisional yang murni. Setiap kaum juga mempunyai tarian-tariannya yang tersendiri.
Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan

Tarian India (Bharatanatyam)




Merupakan tarian klasik India yang berdasarkan kisah epik India purba. Ianya sungguh dramatik dan bersemangat serta memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan.

  • Tarian ini bagaikan menceritakan sebuah puisi dalam bentuk gerak tari